Mari!



Wala Tahinu, 
Qowiy!

“Jangan lemah, 

Kuat!”

Sambil pesan pada diri,
sambil pesan juga pada yang lain.
Mari!

Biiznillah.
InshaAllah.

:)

betapa

Betapa seorang aku,
jauh berjalan hingga terlupa si pemberi jalan.

Betapa seorang aku,
sombong berdiri hingga terlupa tidak layak menjadi sombong melainkan hanya Dia.

Betapa seorang aku,
sudah tersasar hingga terlupa masih ada jalan pulang yang menanti.

Betapa seorang aku,
insan. insan yang hina.

Astagfirullah.



:)
Moga Allah ampun

Rancang

Wamakaru Wamakarullah.
Wallahu Khairul Makirin.

Senyum.

Bagi saya ayat ini sedap untuk telinga saya. Wallahi, pertama kali saya dengar saya rasa macam Allahu bijaknya Allah s.w.t menyusun 'puisiNya'. Heh, saya kan suka puisi. Selepas itu, saya google nak tengok maksud sebab mana lah saya faham perkataan Arab ni kan.

Mereka merancang,
Allah pun merancang,
dan sebaik-baik perancang adalah Allah.

Ya,
ini maksudnya.

Lagi sekali saya rasa ini serupa tamparan dari Allah buat saya yang sering mengeluh sejak akhir-akhir ini. Ini tak jadilah, itu tak kenalah. Sampai satu tahap saya pernah rasa macam takdir untuk saya semuanya malang. Saya selalu bertanya pada diri kenapa semua yang saya rancang semua tak menjadi. 

Seriyes, sejak akhir-akhir ini hidup saya sangatlah tidak menentu. Saya merasakan semangat saya hilang. Betul-betul saya merasakan saya perlu cara untuk pulihkan semangat saya semula. Hal itulah menyebabkan saya seringkali berkeluh-kesah serupa saya seorang sahaja yang ada masalah. Heh, teruknya perangai seorang oren. Muahahaha.

Oleh itu,
ambillah iktibar dengan ayat ke-lima-puluh-empat dari surah Al-Imran ini.



Moga Allah redha !
:)

Sabar

Fasbir Sabran Jameela.

Saya terjumpa perkataan ini semasa menggodek-godek al-quran oren comel yang paling saya sayang. Rasanya dah banyak kali jumpa, tapi mungkin masa tu Allah nak ketuk pintu hati yang tak berapa nak suci supaya saya ambil ibrah akan perkataan ini.

Sungguh, saya rasa seolah ditegur Allah secara direct. Betullah kata bijak pandai kan jika mahu berbual dengan Allah maka solatlah, dan jika kita mahu Allah berbual dengan kita maka bacalah Al-Quran.

Senyum.
Alhamdulillah wa Astaghfirullah.



Fasbir Sabran Jameela
Al-Ma'aarij : 70:5

"Maka bersabarlah (Muhammad) dengan kesabaran yang sebaik-baiknya"

Ayuh!